Saturday, April 17, 2010

Fakta Tentang Mimpi



  1. Orang buta juga bermimpi

    • Mana aci kalau orang celik je mimpi. ye tak? Orang buta pon mimpi jugak. Cuma kalau mereka mimpi mereka still x dapat melihat "imej2" seperti kita nampak. Mereka cuma bermimpi tentang suara, sentuhan dan emosi yg mereka rasakan.

  2. Semua orang bermimpi

    • Kebiasaanya, kecuali kes2 tertentu. semua org bermimpi tapi kadang2 ada yang x ingat terus, ada yang buat2 x ingat. Mimpi pulak berbeza dari satu individu ke individu yang lain.
    semua orang bermimpi


  3. Ransangan luar mempengaruhi mimpi kita

    • Contohnya masa kita mimpi, ada music background lagu Epica; bukak2 mata rumet tengah layaan lagu Epica. Ataupun kita berada di gurun, haus gila babeng; bangun2 memang tekak dah gila2 punya kering. Contoh lain, mimpi kencing; bangun je dengar mak mengamuk.

  4. Kita akan lupa 90% daripada mimpi

    • Bangun je dari tidur kita akan beransur2 lupa tentang mimpi kita. Tapi certain2 kes ada gak yang x boleh lupa langsung pastu jadi phobia terus.



  5. Kita hanya mimpi apa yang kita ketahui

    • Sepanjang hidup kita, kita akan melalui pelbagai pengalaman dan melihat pelbagai benda yang kita sendiri x ingat. Melalui mimpi, memori2 ni macam dipanggil balik secara tak sengaja. Watak2 dalam mimpi biasanya org yang kita kenal atau sekurang2nya pernah kita tengok.
  6. Mimpi seseorang tak semestinya berwarna

    • Mengikut kajian 12% orang normal mimpi hitam putih. Selebihnya warna warni. Kadang2 mix.

  7. Kita cenderung mengalami mimpi dengan 'tema' yang sama
  8. Antaranya:
    • Mimpi berada disekolah
    • Mimpi main kejar2
    • Mimpi terbang
    • Mimpi jadi superhero
    • Mimpi basah (hehe)
    • Mimpi balik kampung (gua selalu beb. lagi2 time hujung sem)
    • Mimpi jumpa orang mati

  9. Lain2 fakta menarik pasal mimpi

    • sekitar umur 3 tahun bayi tak mimpi pasal diri mereka
    • Kanak2 3-8 tahun lebih kerap mimpi buruk (nightmare) daripada orang dewasa.
    • Seumur hidup manusia (umur purata), 1/3 digunakan untuk tidur, dan 6 tahun dari waktu tidur tersebut, manusia bermimpi.
    • lagi trivia pasal mimpi: Klik Sini


Hantu Cina dan Bunga Mas



"Cepatlah jalan", sepupu selaku ketua diikuti beberapa orang lain (termasuk aku) memberi arahan kepada brader tu. Brader tu umur dalam 20-an. At first aku sendirik tertanya2 kat mana kami dan ke mana kami nak pergi. Sepupu mambaling sesuatu. Aku pun tolehla tempat balingan tersebut. pap! benda yang dibaling sepupu: kertas, melekat dekat batu nesan di kuburan cina.
Ooo!! Gua baru dapat idea. Mesti nak main kejar2 ngan hantu cina nih!!

Kami jalan kedepan sedikit, dibalik batu nesan tu dah ada satu lobang kubur daa. "Cepatla tanam" sepupu sekali lagi mengarah. Sambil menghulur satu kertas bertulisan cina berukuran macam duit kertas RM100. Budak tu pun mengikut je la arahan sepupu; mengangkat mayat adik dia, pun umur 20-an, masuk kedalam liang. Kami di atas apa lagi. Tolak la tanah2 tepi tu, nak kambus. Budak tu sound,"Tunggu la aku kluar". Kami senyum. Lepas tampal kertas tulisan cina kat dahi adik dia, kami tanam la mayat tu. Abis proses penanaman mayat, kami tunggu sekejap atas kubur tengok apa yang berlaku. Ooo.. Nothing happened.. Mesti hantu betina ni. Sepupu ajak kami balik dulu, pegi rumah dia.

sekarang musim hujan, so terpaksala kami meredah relung yang dipenuhi air paras pinggang. Sepupu steady je redah, basah baju seluar. Gua dan pengikut2 yang lain cari tanah tinggi sikit, seluar pun basah sikit je. Depan rumah sepupu, budak2 ramai tengah main, entah apa yang dimain. Kami pun join la skaki. Tengah syok geletek sorang budak. Sepupu roger. "Woi cepatla, dia dah datang." Kami pun apa lagi, excited, ikut la sepupu. Aku siap bawak baju melayu, masih berhanger lagi.

Kat main road kampung kami, dari jauh nampak hantu cina tu melompat2. Aku dah cakap dah, antu betina. Apa lagi cepat2 aku tukar pakai baju melayu tadi. Hanger sangkut kat pagar jiran.
Macho gak pakai baju melayu sekali sekala. Mesyuarat depan rumah jiran. Kat tangga rumah semus elder2 pun ada, nak tengok kami main kejar2. " Camni, kalu antu tu ada depan kita, jangan napas. nanti kena cekik. Pastu sambil lari2 mesti cari bunga mas. antu takut bunga mas. antu mati kalau tengok bunga mas." Sepupu bagi briefing. Aku try intai kat jalan, nampak lori datang. Aik, mana antu? woi antu dah ilang, pekik gua. Semua wat muka keras, tahan napas.

aku ngan sepupu duduk bawah pokok, menyorok sambil tengok pesta kejar-kejaran. Tiba2 ntah macam mana aku dengar ada budak cakap kat antu bunga mas tu ada kat aku. Syial ko budak. Melompat2 antu cina tu sambil cari aku. Dia tak kenal aku. "gini, kalu antu tu mai, kita tahan nafas. Pastu abang bagi antu tu kejar abang, ko lari" Sepupu mengarah. Gua on je. Antu tu dgn misi mencari pemegang bunga mas, dah makin bengang. melompat pun makin huyung hayang. Entah camna datang gak dia kat tempat kami. Aku tahan napas. Sepupu tahan napas. antu soal sepupu. Sejak bila antu blaja cakap?. "aku ada bunga mas la antu" sepupu cakap. "x caya. mesti ko tipu ni" antu balas balik. antu ngan sepupu gelak2. aku makin sesak napas. mata aku dah berpinar2. diorang boleh gelak2 pulak. cepat la lari pikir gua. Gua da x tahan. dada makin sebak. mata makin gelap.

"haaaaa.." gua sedut udara dalam2 . dada masih sakit. tengok sekeliling, gua atas katil. Sekali gua mimpi lagi.

tak tau la pasal apa. nak kata x basuh kaki, aku basuh. Kot. Dah banyak kali aku rasa aku mimpi macam ni. macam dah biasa. main kejar2 dengan antu cina. mimpi lebih kurang je. Tanam mayat, Hantu keluar, main kejar2 dengan kami; budak2 sahaja.. Elder xde pulak dia kacao. Dan latar masa; zaman aku kecik2.
Takut? x la takut sangat sebab boleh main kejar2 lagi. tapi still suspens la. Yang kali ni ok la sikit, Siap takut ngan bunga mas lagi. haha kenapa bunga mas? Yang tu kne tanya antu tu. haha. nak di bandingkan dgn 2-3 tahun lepas lagi seram. Antu jantan, lagi huduh, tapi speed lagi kaw2 power. tapi ending dia xde la sampai aku nak mati tahan napas.

Mintak2 la lepas ni aku da x mimpi camni lagi. bukan takut, tapi kalau sesak napas membawa ke mati, aku mmang serende la. Tanak dah. Serik.



bunga mas?



Friday, April 16, 2010

Buang Bayi The Series

"kesian.."

tu je la yang mampu aku buat@cakap bila tgok berita akhir2 ni. Rogol sana liwat sini. Dari kes dera membawa ke bunuh. yang paling menyayat hati mestila kes buang bayi. Dicampak2nya body bayi2 tuh. Kat depan mesjid ada, dalam longkang ada, tepi pantai ada.. bak kata astro macam2 ada la.

2 bulan lepas kat Kuala Krai, 'bayi lelaki rentung dalam tong sampah' (lapor utusan). perangai cam setan. dah syok2 maen ngan pakwe bila bunting reti lak malu. Dah branak boleh pulak dicampak dalam tong sampah, siap bakar lagi sebab nak tutup malu. Entah setan ape lak yang merasuk. silap aribulan setan2 pun tabik kat dia.

Yang terbaru kat Kampung Tanjung, Sungai Choh: mayat baby boy dijumpai mati dibuang dalam tong sampah. Aku tengok pon nak nangis, dengan tali pusat x berpotong, kena hurung ngan lalat lagi. Yang aku sedihnya baby2 ni dah cukup sifat. Dan kebanyakan mereka mati selepas dibuang. Memang aku cop IBUBAPA DURJANA la diorang2 yang membuang bayi2 ni.




Paling gua pening, 2-3 tahun lepas. Pasangan suami isteri, buang anak kat mana aku x ingat tapi diorang buang anak diorang tu sebab anak da ramai katanya. Cam kambing je prangai. Tapi kambing x pulak buang anak. sori cik bing. Entah da macam apa ntah aku tak tau.

Yang aku sebut ni baru sikit, yang aku terbaca kat paper. Tambah yang direport dalam paper2 laen, internet ngan tv lagi. Tu belum dicampur ngan yang berjaya disorok tanpa pengetahuan masyarakat. Entah2 sekarang pun ade yang tengah membuang bayi. Yang tengah membuat bayi apatah lagi, mesti lagi ramai.

Semoga IBUBAPA2 DURJANA ni cepat2 la bertaubat nasuha dan kembali ke pangkal jalan. Dan bakal IBUBAPA2 DURJANA ni melupakan niat mereka nak mendurjanakan diri mereka sendiri dengan membuang bayi2 mereka. Kalo ko da tak nak anak ko meh sini, bagi je kat aku.
Tak pon bagi kat sesapa yang x ade anak. Bahalol.

Kat sini aku sertakan gambar2 dari akbar2 + internet. Jadikan pedoman bukan ikutan.









Apakah dosa mereka?




Inna Lillaah wa Innaa Ilayhi Raaji’un.


Mampukah Dibendung?

Persoalan sekarang, dengan peningkatan kes2 buang bayi di seluruh Malaysia, mampukah kita mengurangkan gejala ini daripada berterusan. Sebab gua pon dah letih menyumpah seranah
golongan IBUBAPA2 DURJANA ni.
Pikir punya pikir, gua ada beberapa cadangan yang dirasakan agak bernas.


1-menjalankan hukum hudud.
  • penting ni beb. sebab hukum hudud ni pada pandangan suci gua lebih kepada membendung dan bukan menghukum. Tapi still gak orang kita susah nak terima takut semua orang tangan kudung la antara alasan. Dah tau takut jangan buat. Itula maksud gua: membendung. so ini dapat membendung zina.

2-mengurangkan pemberian lesen2 perniagaan hiburan
  • Contohnya cam kelab2 malam, dangdut etc. Tempat2 camni la konpom2 setan ramai. Ngan pompuan pakai x snonoh lagi. mabuk2.
  • pastu kalo ada yang langgar undang2 cam ada khidmat sex ke, kantoi kes dadah ke, tarik terus lesen niaga. ni tak, kalao tengok 999 kat tv3 tuh, ayat camni mesti ada: "Premis yang sama pernah diserbu didakwa kerana alasan yang sama (lebih kurang la ayat dia)". bukannya nak tarik terus lesen. Tak pun hukuman tu bagi kaw2 cket la.

3-bagi anak2 pompuan pakai cawat besi, kunci mak pegang(bapak kadang2 xleh caya).

  • yang ni memang konpom la xde lagi orang berzina pastu buang2 bayi merata ni.
4-Elakkan diri mendekati tempat2 maksiat
5-Kalau dah x tahan sangat nak berzina, pakai la kondom!! Takkan tu pun tak tau. Pastu bila bunting tau pulak menyesal. Badigol sunggoh.






Tuesday, April 13, 2010

Tulis Blog Boleh Kaya

"Apa cita-cita kamu?", tanya cikgu Ramlah kepada Zaidi anak muridnya.
"Jadi penulis Blog, cikgu." jawab Zaidi penuh yakin mendabik dada.

Hahaha.. Pernah dengar? Mestila tak pernah. Aku sendirik pun blom pernah dengar. Tapi tak mustahil boleh berlaku di akhir2 zaman nih.

Harian metro hari nih (Selasa 13 April 2010) :





Haaa...
kagum2..
Dan ini bukan first time blog ni dipapar di media..
Blog ni penah muncul antaranya dalam Kosmo, Berita Harian, New Strait Time, The Star, TV3 dan The Sun.
Penulis blog nih jugak finalist Fear Factor Malaysia di ntv7 suatu ketika dulu. huik?
Pastu aku try la bukak blog dia: redmummy.com.. bukak2 je, mak aih, cam tahun baru cina...

Nih header blog tuh:



dan nih header blog lama (bawah domain blogspot):




Aku cuba baca2 cket, menarik!! Tulisan beliau agak kegilaan, macam2 yang ditulisnya. Dari pasal family dia, petua2, sampai la pasal kucing dia mengawan pun dia tulis.
Secara overall blog beliau memang menarik hati dari segi entry2-nya dan tak menyakitkan mata dari segi layoutnya. Kesimpulannya, beliau memang berhak dapat 10k sebulan.
Gua tabik lu Kak Red!!






Sunday, April 11, 2010

Sosej Masak Kicap



"Kruk... Krukk..", mana lak datangnya ayam maghrib2 nih. Check bawah katil takde.
"Kruk... Krukk..", bunyi lagi tu. Diamati betul2, sekali perut sixpad gua bunyi daa.

Dapat melantak nasi dengan sosej masak kicap best gak ni. Resipi? Google la apa lagi.
Jumpa pun.





Resipi Sosej Masak Kicap

  • 1 peket sosej
  • 3 bawang merah
  • 3 biji cili merah
  • 2 ulas bawang putih
  • minyak
  • air
  • kicap
  • garam dan gula secukup rasa

Kat dapur smua bahan ada kecuali sosej dgn bawang merah..
Boleh beli kat kedai blakang rumah..
sosej 3 peket RM5, bwang besar dalam RM2.
Lepas bayar, gua berlari2 anak pulang ke rumah.
Plastik ditangan digenggam erat..
Air liur meleleh..

Slow2 gua bawak kluar bawang ngan sosej. kopek bawang lepas tu hiris halus2. potong cili.
sosej sepeket, gua potong kecik2.
Masuk minyak dalam kuali.
Panaskan minyak.. err.. panaskan minyak..
"wei rumet asal api tak idup?' laung gua.
"Gas abis la. kesiang ke mung", balas beliau.

SYIOT!!!!





Sunday, April 4, 2010

First post yang penuh kebencian

'B**i arr..' (paham2 sendirik)

Terpacul kalimat najis mukhallazoh dari mulut aku.

First post dah start menyumpah. Aku bukan ape beb.. tak sengaje.
Mananye tak menyumpah. Cuba bayangkan kalau tengah syok wat sesuatu, ade orang kacao.
Da konpem makan pelempang. Problemnya kalo internet yang wat hal? nak lempang sape? Rumet? "mahu dilempang balik, silakan" katanya sinis, menjeling....

Semangat bukan main berkobar2 nak buat blog.. tetiba 'internet connection error'... mahu x mendidih? cilanat punye Internet... Aku bayar tetiap bulan la woi!!! ape lagi ko nak daripada aku???

Beberapa minit pastu da ok balik... Tau takut...

Nasib baik sebut tak kena samak..