Saturday, April 17, 2010

Hantu Cina dan Bunga Mas



"Cepatlah jalan", sepupu selaku ketua diikuti beberapa orang lain (termasuk aku) memberi arahan kepada brader tu. Brader tu umur dalam 20-an. At first aku sendirik tertanya2 kat mana kami dan ke mana kami nak pergi. Sepupu mambaling sesuatu. Aku pun tolehla tempat balingan tersebut. pap! benda yang dibaling sepupu: kertas, melekat dekat batu nesan di kuburan cina.
Ooo!! Gua baru dapat idea. Mesti nak main kejar2 ngan hantu cina nih!!

Kami jalan kedepan sedikit, dibalik batu nesan tu dah ada satu lobang kubur daa. "Cepatla tanam" sepupu sekali lagi mengarah. Sambil menghulur satu kertas bertulisan cina berukuran macam duit kertas RM100. Budak tu pun mengikut je la arahan sepupu; mengangkat mayat adik dia, pun umur 20-an, masuk kedalam liang. Kami di atas apa lagi. Tolak la tanah2 tepi tu, nak kambus. Budak tu sound,"Tunggu la aku kluar". Kami senyum. Lepas tampal kertas tulisan cina kat dahi adik dia, kami tanam la mayat tu. Abis proses penanaman mayat, kami tunggu sekejap atas kubur tengok apa yang berlaku. Ooo.. Nothing happened.. Mesti hantu betina ni. Sepupu ajak kami balik dulu, pegi rumah dia.

sekarang musim hujan, so terpaksala kami meredah relung yang dipenuhi air paras pinggang. Sepupu steady je redah, basah baju seluar. Gua dan pengikut2 yang lain cari tanah tinggi sikit, seluar pun basah sikit je. Depan rumah sepupu, budak2 ramai tengah main, entah apa yang dimain. Kami pun join la skaki. Tengah syok geletek sorang budak. Sepupu roger. "Woi cepatla, dia dah datang." Kami pun apa lagi, excited, ikut la sepupu. Aku siap bawak baju melayu, masih berhanger lagi.

Kat main road kampung kami, dari jauh nampak hantu cina tu melompat2. Aku dah cakap dah, antu betina. Apa lagi cepat2 aku tukar pakai baju melayu tadi. Hanger sangkut kat pagar jiran.
Macho gak pakai baju melayu sekali sekala. Mesyuarat depan rumah jiran. Kat tangga rumah semus elder2 pun ada, nak tengok kami main kejar2. " Camni, kalu antu tu ada depan kita, jangan napas. nanti kena cekik. Pastu sambil lari2 mesti cari bunga mas. antu takut bunga mas. antu mati kalau tengok bunga mas." Sepupu bagi briefing. Aku try intai kat jalan, nampak lori datang. Aik, mana antu? woi antu dah ilang, pekik gua. Semua wat muka keras, tahan napas.

aku ngan sepupu duduk bawah pokok, menyorok sambil tengok pesta kejar-kejaran. Tiba2 ntah macam mana aku dengar ada budak cakap kat antu bunga mas tu ada kat aku. Syial ko budak. Melompat2 antu cina tu sambil cari aku. Dia tak kenal aku. "gini, kalu antu tu mai, kita tahan nafas. Pastu abang bagi antu tu kejar abang, ko lari" Sepupu mengarah. Gua on je. Antu tu dgn misi mencari pemegang bunga mas, dah makin bengang. melompat pun makin huyung hayang. Entah camna datang gak dia kat tempat kami. Aku tahan napas. Sepupu tahan napas. antu soal sepupu. Sejak bila antu blaja cakap?. "aku ada bunga mas la antu" sepupu cakap. "x caya. mesti ko tipu ni" antu balas balik. antu ngan sepupu gelak2. aku makin sesak napas. mata aku dah berpinar2. diorang boleh gelak2 pulak. cepat la lari pikir gua. Gua da x tahan. dada makin sebak. mata makin gelap.

"haaaaa.." gua sedut udara dalam2 . dada masih sakit. tengok sekeliling, gua atas katil. Sekali gua mimpi lagi.

tak tau la pasal apa. nak kata x basuh kaki, aku basuh. Kot. Dah banyak kali aku rasa aku mimpi macam ni. macam dah biasa. main kejar2 dengan antu cina. mimpi lebih kurang je. Tanam mayat, Hantu keluar, main kejar2 dengan kami; budak2 sahaja.. Elder xde pulak dia kacao. Dan latar masa; zaman aku kecik2.
Takut? x la takut sangat sebab boleh main kejar2 lagi. tapi still suspens la. Yang kali ni ok la sikit, Siap takut ngan bunga mas lagi. haha kenapa bunga mas? Yang tu kne tanya antu tu. haha. nak di bandingkan dgn 2-3 tahun lepas lagi seram. Antu jantan, lagi huduh, tapi speed lagi kaw2 power. tapi ending dia xde la sampai aku nak mati tahan napas.

Mintak2 la lepas ni aku da x mimpi camni lagi. bukan takut, tapi kalau sesak napas membawa ke mati, aku mmang serende la. Tanak dah. Serik.



bunga mas?



No comments:

Post a Comment